Why are you so sad when someone leaves you behind. Dont you ever know and dont you realize its just a part of life. Only falling love with Allah, the bonds of love survive
Saturday, April 16, 2011
Ketika Cinta Terurai Menjadi Perbuatan
Sunday, March 27, 2011
Rahsia KhusyuK dalam SOLAT
- Apabila masuk waktu solat, beliau berwudhuk zahir dan batin. Batin adalah membasuh 7 perkara:-
- Bertaubat
- Menyesali dosa yang telah dilakukan
- Tidak tergila-gilakan dunia
- Tidak berbangga
- Tinggal sifat khianat dan menipu
- Tinggal sifat dengki
penuh waspada dan membayangkan perkara berikut:-
- Allah berada di hadapannya
- Syurga berada di kanannya
- Neraka berada dikirinya
- Malaikat Maut berada dibelakangnya
- Seolah-olah berdiri di atas siratul mustaqim
- Menganggap solat kali ini adalah solat yang terakhir
4. Setiap bacaaan dan doa dalam solat difahamkan
5. Rukuk dan Sujud dengan tawaduk
6. Bertasyahhud dengan penuh harapan
7. Memberi salam dengan ikhlas
Friday, March 25, 2011
SuRaH Al-TauBah ~ ayat 51
Menceritakan bahawa tiap-tiap yang berlaku adalah kehendak Allah dan manusia dijadikan supaya tidak berputus asa.
Tuesday, March 22, 2011
Dengarlah Cerita Isterimu | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.
Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.
Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.
Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.
Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".
Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".
Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.
Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.
Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.
Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.
Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.
Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.
Friday, March 18, 2011
My Idol.... Siapa yang layak?
Jadi, apa yang disampaikan oleh ustaz berkenaan ialah "mengapa kita suka jadikan orang tertentu sebagai idola kita sedangkan kehebatan mereka cumalah sedebu kaki Rasulullah s.a.w."
Masya Allah, terkedu aku sebentar dan terkene aku sebijik! Memang terkena habis. Sebab dulu aku memang gilakan Bollywood. Srius!! Orang lain pn takkan giler macam aku. paling aku suke si cantik Kareena Kapoor. semua koleksi cd die aku beli. Astagfirullahalazim..bile aku fikir2 balik, apalah faedah aku minat ngan si Kareena tu. membazir pun ada. Tapi mulai tahun 2011 aku dh mula kurang tengok cerita-cerita macam tu. Mungkin faktor usia (cewah macam tua sangat, tapi yerlah... dh tua lah jugak kan.)Alhamdulillah (bersyukur sangat)
Berbalik pada ustaz itu tadi, "Siapalah mereka jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w, mereka yang digolongkan dengan idola ini sepatutnya merasa malu kepada diri mereka kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kehebatan untuk dijadikan contoh kepada umat Islam."
Erm memang aku sangat setuju. Sebab kita dah terpukau sangat dengan dunia. Kita selalu mengumpul harta dunia seolah-olah akan hidup selama-selamanya. Selalu membandingkan kekayaan dan kehebatan dengan orang lain sedangkan dunia cuma bersifat sementara sahaja. seperti hadith meriwayatkan:
Malah ustaz itu turut menyatakan, "Orang selalu baca sejarah Rasulullah s.a.w melalui internet sahaja. Malah kadangkala ada fakta yang bercanggah dan di"share"kan oleh semua orang dan disebarkan maklumat yang salah itu. Sejarah Rasulullah haruslah dipelajari melalui buku bukan dari internet"
Berkenaan ini pun aku setuju, sebab orang-orang yang tidak bertanggungjawab boleh memanipulasikan cerita mengikut cara pemikiran masing-masing. Maklum sajalah semua orang diberikan kebebasan untuk berpendapat. Tetapi sekiranya anda ingin mencari dan mendalami Islam. Ingin mencintai Allah dan Rasul.. carilah ilmu melalui HATI anda.. pasti akan jumpa. Kalau mencari dengan MATA...biasanya selalu tersesat dalam KOTA DUNIA. malah, gunakanlah buku-buku rujukan dimana kandungannya lebih padat dan tepat. Paling tepat adalah TAFSIR AL-QURAN beserta terjemahan terperinci. Sama-samalah kita berusaha dalam meningkatkan mutu ibadah kita .amin.
Thursday, March 17, 2011
Orang-orang yang LALAI dalam SOLAT
- Jika jawapan YA bermaksud tahniah, anda dalam golongan yang beriman
- Jika jawapan KADANG-KADANG bermaksud anda sedikit lalai dan perlu menambahkan kekuatan iman anda
- Jika jawapan LANGSUNG TIDAK bermaksud anda adalah golongan lalai yang jahil dan perlu diberikan petunjuk
- Jika jawapan YA bermaksud tahniah, anda memang dalam golongan yang beriman
- Jika jawapan KADANG-KADANG bermaksud anda juga golongan yang lalai dan perlu menambahkan kekuatan iman anda
- Jika jawapan SELALU bermaksud anda termasuk dalam golongan yang lalai iaitu golongan yang suka melengah-lengahkan kewajiban.

