Tuesday, December 7, 2010

Aku Tak Bodoh

       Aku baru jer tengok citer ni.. AKU TAK BODOH, sebuah filem yg diadaptasikan dari filem Jack Neo dari Singapore (aku bukan kenal sgt pun hehehe beria2 jer tulis). Tapi ape yg aku suke kt film ni ialah filem yg bertemakan keluarga. Jarang pembuat filem di Malaysia ni wat filem2 bertemakan keluarga ni. Filem keluarga yang aku suke dari bollywood byk (pminat hindi lar katakan..) Hum Sath Sath Hai (Kami sentiasa bersama), Tararumpun.






Selain tu aku suke tgk movie time raya Krimas.. sbb byk crta temakan family iaitu genre yang aku suke daripada filem seram.  Sebab filem2 macam ni yang banyak kiter terlepas pandang dalam kehidupan seharian malah dalam keluarga kite sebenarnya. Apa yang aku nampak, sebenarnya takde keluarga yang sempurna.
  
Berbalik pada crta AKU TAK BODOH tadi, klu sesiapa dah tgk mesti tau jalan cerita tu mengisahkan dua buah keluarga yang terdiri daripada keluarga kaya dan miskin. Maksudnya, tak kisahlah keluarga tu kaya ker miskin ker pasti menghadapi masalah keluarga cume faktor dan situasi sahaja berbeza. Mungkin ia juga berlaku dikalangan kita.  

Sentuh mengenai Keluarga Sudin(dalam cerita AKU TAK BODOH), aku teringat pelajar kelas aku. (maklumlah aku merupakan guru tingkatan 2E). Memang rase nk mati jer handle kelas tu. tapi apa yang aku sedar, mereka bukan sahaja ada masalah sikap tetapi didikan rohani juga kurang. Macam2 perangai aku jumpa dan macam2 kerenah aku layan. Kebanyakan mereka juga mempnyai masalah keluarga. Kadang2 teringin aku nak menyelami hati anak2 2E tetapi kekuatan dan kemampuan aku tersekat. Aku hanya mampu pandang dari jauh.. (walaupun kereta aku sering dicalar dan ditulis bukan2)

Sebenarnya aku dh banyak melalut.. hahaha.. apa2pun cerita filem ni boleh memberikan kesedaran pada insan-insan yang bergelar IBU dan AYAH, MAMA dan PAPA dan sewaktu dengannya bahawa mendidik anak-anak ini tidak mudah... kadang2 depan ibu bapa BAIK sangat tetapi PENIPU.. kadang2 NAKAL sangat tetapi BAIK HATI. Sebab tu kena berhati2 dan ambil berat soal pendidikan ini.

Sebaik2nya didiklah cara Rasulullah s.a.w:
"Nabi Muhamad (saw) pernah berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka berusia 10 tahun "

Dan setiap ibu bapa janganlah sesekali meringankan SOLAT.. dan berilah didikan AGAMA yang secukupnya kerana itulah BEKALAN yang kekal ABADI. Kalau anak hebat sampai dapat PHD dari luar negara pun kalau tak dirikan SOLAT pun bukanlah satu perkara yang boleh DIBANGGAKAN.