Friday, March 18, 2011

My Idol.... Siapa yang layak?

Hari ini aku ada appointment dengan doktor gigi pukul 9 malam. Dari rumah aku sampai ke klinik berkenaan lebih kurang 30 minit. Seperti biasa dalam kereta aku akan mendengar radio IKIM.fm yang padat dengan info yang menarik perhatian aku sejak kebelakangan.  Aku tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz (aku kurang pasti nama dia, tapi aku memang suka cara die bercakap... straight dan telus)

Jadi, apa yang disampaikan oleh ustaz berkenaan ialah "mengapa kita suka jadikan orang tertentu sebagai idola kita sedangkan kehebatan mereka cumalah sedebu kaki Rasulullah s.a.w."

Masya Allah, terkedu aku sebentar dan terkene aku sebijik! Memang terkena habis. Sebab dulu aku memang gilakan Bollywood. Srius!! Orang lain pn takkan giler macam aku. paling aku suke si cantik Kareena Kapoor. semua koleksi cd die aku beli. Astagfirullahalazim..bile aku fikir2 balik, apalah faedah aku minat ngan si Kareena tu. membazir pun ada. Tapi mulai tahun 2011 aku dh mula kurang tengok cerita-cerita macam tu. Mungkin faktor usia (cewah macam tua sangat, tapi yerlah... dh tua lah jugak kan.)Alhamdulillah (bersyukur sangat)

 Berbalik pada ustaz itu tadi, "Siapalah mereka jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w, mereka yang digolongkan dengan idola ini sepatutnya merasa malu kepada diri mereka kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kehebatan untuk dijadikan contoh kepada umat Islam." 

Erm memang aku sangat setuju. Sebab kita dah terpukau sangat dengan dunia. Kita selalu mengumpul harta dunia seolah-olah akan hidup selama-selamanya.  Selalu membandingkan kekayaan dan kehebatan dengan orang lain sedangkan dunia cuma bersifat sementara sahaja. seperti hadith meriwayatkan:

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: r
Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
(al-Bukhari) 

Huraian:
Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang-lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.


Malah ustaz itu turut menyatakan, "Orang selalu baca sejarah Rasulullah s.a.w melalui internet sahaja. Malah kadangkala ada fakta yang bercanggah dan di"share"kan oleh semua orang dan disebarkan maklumat yang salah itu.  Sejarah Rasulullah haruslah dipelajari melalui buku bukan dari internet"

Berkenaan ini pun aku setuju, sebab orang-orang yang tidak bertanggungjawab boleh memanipulasikan cerita mengikut cara pemikiran masing-masing.  Maklum sajalah semua orang diberikan kebebasan untuk berpendapat.  Tetapi sekiranya anda ingin mencari dan mendalami Islam. Ingin mencintai Allah dan Rasul.. carilah ilmu melalui HATI anda.. pasti akan jumpa. Kalau mencari dengan MATA...biasanya selalu tersesat dalam KOTA DUNIA. malah, gunakanlah buku-buku rujukan dimana kandungannya lebih  padat dan tepat. Paling tepat adalah TAFSIR AL-QURAN beserta terjemahan terperinci. Sama-samalah kita berusaha dalam meningkatkan mutu ibadah kita .amin.