Monday, February 28, 2011

Kita Sebenarnya

Kita Sebenarnya... lebih gembira sambut 1 Januari daripada 1 Muharam
Kita Sebenarnya... lebih tahu apa itu 14 Feb daripada 12 Rabiulawal
Kita Sebenarnya... lebih membesarkan Hari Sabtu dan Ahad daripada Hari Jumaat
Kita Sebenarnya... lebih khusyuk mendengar lagu daripada azan atau ayat Al-Quran
Kita Sebenarnya... lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat
Kita Sebenarnya... lebih tahu tentang artis pujaan daripada Nabi-Nabi Allah
Kita Sebenarnya... lebih suka mengucap Hello daripada Assalamualaikum
Kita Sebenarnya... lebih suka menyanyi daripada berwirid dan bertahmid
Kita Sebenarnya... lebih suka memuji manusia daripada Allah
Kita Sebenarnya... lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah Agama
Kita Sebenarnya... lebih suka berbuat kemungkaran daripada berbuat kebaikan
Kita Sebenarnya... lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita Sebenarnya... lebih cinta Dunia daripada Akhirat

TETAPI.. apabila orang bertanya akan arah tujuan kita, kita pasti jawab kita sebenarnya lebih suka menuju SYURGA daripada NERAKA

TETAPI
adakah kita sentiasa berada dilandasanNya? 
adakah kita sentiasa ingat padaNya?
adakah kita sentiasa mencari keredhaanNya?
Tepuk dada tanya IMAN



Jangan Bersedih, Kerana Dunia Terlalu Hina Untuk Ditangisi

Ibnu Al-Mubarak, seorang 'ulama' yang sangat masyhur, mengatakan:

"Aku lebih sukai lantunan syair 'Adi bin Zaid daripada istana Raja Thahir bin Al-Husain.  Syair yang indah dan mempesonakan berbunyi demikian:




Wahai orang yang bergembira 
di atas penderitaan orang lain
dan selalu memburuk-burukkan masa
apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi
atau apakah kamu punya perjanjian kuat
yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu

Ertinya: 
Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaan orang lain, apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa bergembira dengannya? Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimua akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau begitu, mengapa engkau bergembira di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?

Dalam sebuah hadith shahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun"

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah.  Lalu mengapa harus bersedih dan gelisah kerananya?

Kebahagiaan adalah anda merasa aman atas diri, masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri.  Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qadha' dan qadarNya serta diiringi dengan sikap qana'ah dan sabar

Tuesday, February 22, 2011

Sesungguhnya Aku Redha

Tahun ni aku cemerlang kononnyer.. semua orang yang nk "pijak aku sampai mati" tu aku serahkan pada Allah. Sebab klu aku balas dendam.. pn tk gune jugak.. mksudnya aku same jer lah mcm dorang.. tpi mgkn mereka tk tau kenapa smua keje aku siap n excellent konon2nyer... sbb aku tkleh tdo..gangguan tdo yg sgt ketara.. anehnya tkleh tdo mlm tpi boleh bangun dengan cergasnya esok... Wallahualam.. aku tk tau mana dapat tenaga ni.. Allah Maha Besar... dilapangkan waktu Syukur Alhamdullillah.. tpi punca utama aku bekerja keras adalah kerana aku tkleh tdo.. sbb kalau aku teringat jer kt XX otak aku mcm tk brape nk center.. mcm org giler pn ader.. cume aku brsyukur padaNya kerana sentiasa sayangkan aku... sntiasa menunjukkan aku jalan ke arah Nya.. aku dipertemukan dengan seorang rakan blog... ckup indah n sempurna ... melengkapkan apa yang selama ni aku terlupe yg aku terlalai... pasal XX.. aku serahkan pada Nya... SesungguhNya Dia yang mengkehendaki pertemuan ni.. maka Dia jugalah mengatur perpisahan ini... maka dengan namaNya jugalah aku mohon agar XX kembali.. sekiranya XX tidak kembali maka aku redha... tiada orang yang paling sayangkan n tahu apa yang terbaik untukku melainkan Allah... Dengan Nama Allah aku hidup dan Dengan Nama Allah aku mati...