Sunday, March 27, 2011

Rahsia KhusyuK dalam SOLAT

Seorang abid bernama Hatim Al-Islam menjelaskan kepada sahabatnya Islam bin Yusof untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.  Beliau mengamalkan kaedah berikut:-

  1. Apabila masuk waktu solat, beliau berwudhuk zahir dan batin.  Batin adalah membasuh 7 perkara:-
  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak berbangga
  • Tinggal sifat khianat dan menipu
  • Tinggal sifat dengki
     2.  Kemudiannya beliau ke masjid dan mengemaskan anggota dan mengadap kiblat. Beliau berdiri dengan
          penuh waspada dan membayangkan perkara berikut:-
  • Allah berada di hadapannya
  • Syurga berada di kanannya
  • Neraka berada dikirinya
  • Malaikat Maut berada dibelakangnya
  • Seolah-olah berdiri di atas siratul mustaqim
  • Menganggap solat kali ini adalah solat yang terakhir
    3.  Beliau berniat dan bertakbir dengan baik
    4.  Setiap bacaaan dan doa dalam solat difahamkan
    5.  Rukuk dan Sujud dengan tawaduk
    6.  Bertasyahhud dengan penuh harapan
    7.  Memberi salam dengan ikhlas

Friday, March 25, 2011

SuRaH Al-TauBah ~ ayat 51

"Katakanlah, 
tiada yang menimpa kami kecuali apa yang dituliskan Allah bagi kami, 
dia wali kami dan kepada Allah hendahklah bertawakal orang-orang yang beriman"

Huraian:  

Menceritakan bahawa tiap-tiap yang berlaku adalah kehendak Allah dan manusia dijadikan supaya tidak berputus asa.


Tuesday, March 22, 2011

Dengarlah Cerita Isterimu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Friday, March 18, 2011

My Idol.... Siapa yang layak?

Hari ini aku ada appointment dengan doktor gigi pukul 9 malam. Dari rumah aku sampai ke klinik berkenaan lebih kurang 30 minit. Seperti biasa dalam kereta aku akan mendengar radio IKIM.fm yang padat dengan info yang menarik perhatian aku sejak kebelakangan.  Aku tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz (aku kurang pasti nama dia, tapi aku memang suka cara die bercakap... straight dan telus)

Jadi, apa yang disampaikan oleh ustaz berkenaan ialah "mengapa kita suka jadikan orang tertentu sebagai idola kita sedangkan kehebatan mereka cumalah sedebu kaki Rasulullah s.a.w."

Masya Allah, terkedu aku sebentar dan terkene aku sebijik! Memang terkena habis. Sebab dulu aku memang gilakan Bollywood. Srius!! Orang lain pn takkan giler macam aku. paling aku suke si cantik Kareena Kapoor. semua koleksi cd die aku beli. Astagfirullahalazim..bile aku fikir2 balik, apalah faedah aku minat ngan si Kareena tu. membazir pun ada. Tapi mulai tahun 2011 aku dh mula kurang tengok cerita-cerita macam tu. Mungkin faktor usia (cewah macam tua sangat, tapi yerlah... dh tua lah jugak kan.)Alhamdulillah (bersyukur sangat)

 Berbalik pada ustaz itu tadi, "Siapalah mereka jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w, mereka yang digolongkan dengan idola ini sepatutnya merasa malu kepada diri mereka kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kehebatan untuk dijadikan contoh kepada umat Islam." 

Erm memang aku sangat setuju. Sebab kita dah terpukau sangat dengan dunia. Kita selalu mengumpul harta dunia seolah-olah akan hidup selama-selamanya.  Selalu membandingkan kekayaan dan kehebatan dengan orang lain sedangkan dunia cuma bersifat sementara sahaja. seperti hadith meriwayatkan:

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: r
Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.
(al-Bukhari) 

Huraian:
Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang-lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.


Malah ustaz itu turut menyatakan, "Orang selalu baca sejarah Rasulullah s.a.w melalui internet sahaja. Malah kadangkala ada fakta yang bercanggah dan di"share"kan oleh semua orang dan disebarkan maklumat yang salah itu.  Sejarah Rasulullah haruslah dipelajari melalui buku bukan dari internet"

Berkenaan ini pun aku setuju, sebab orang-orang yang tidak bertanggungjawab boleh memanipulasikan cerita mengikut cara pemikiran masing-masing.  Maklum sajalah semua orang diberikan kebebasan untuk berpendapat.  Tetapi sekiranya anda ingin mencari dan mendalami Islam. Ingin mencintai Allah dan Rasul.. carilah ilmu melalui HATI anda.. pasti akan jumpa. Kalau mencari dengan MATA...biasanya selalu tersesat dalam KOTA DUNIA. malah, gunakanlah buku-buku rujukan dimana kandungannya lebih  padat dan tepat. Paling tepat adalah TAFSIR AL-QURAN beserta terjemahan terperinci. Sama-samalah kita berusaha dalam meningkatkan mutu ibadah kita .amin.





 

Thursday, March 17, 2011

Orang-orang yang LALAI dalam SOLAT

Apakah yang dimaksudkan dengan lalai?
Maksudnya:  kurang hati-hati; tidak mengindahkan (kewajiban, pekerjaan, dsb); lengah

Oleh itu, orang yang lalai ialah orang yang kurang berhati-hati, tidak mengendahkan (kewajiban dan pekerjaan) serta bersifat suka melengah-lengahkan kerja.

Persoalannya, adakah kita tergolong dalam orang-orang yang lalai dalam mengingati Allah?
Sila jawab soalan berikut (jawab dalam hati dan tanya pada IMAN anda sendiri)

1.  Adakah anda  cukup solat 5 waktu?
  • Jika jawapan YA bermaksud tahniah, anda dalam golongan yang beriman
  • Jika jawapan KADANG-KADANG bermaksud anda sedikit lalai dan perlu menambahkan kekuatan iman anda
  • Jika jawapan LANGSUNG TIDAK bermaksud anda adalah golongan lalai yang jahil dan perlu diberikan petunjuk
2.  Sekiranya anda cukup solat 5 waktu, adakah anda solat tepat pada waktunya ?
  • Jika jawapan YA bermaksud tahniah, anda memang dalam golongan yang beriman
  • Jika jawapan KADANG-KADANG bermaksud anda juga golongan yang lalai dan perlu menambahkan kekuatan iman anda
  • Jika jawapan SELALU bermaksud anda termasuk dalam golongan yang lalai iaitu golongan yang suka melengah-lengahkan kewajiban.
3.  Sekiranya anda KADANG-KADANG dan LANGSUNG TAK cukup solat 5 waktu?
       Anda harus tahu azab bagi meninggalkan setiap solat iaitu:-

      Subuh - Allah s.w.t akan menacampakkah ke dalam neraka Jahannam 
                       selama 60 tahun di akhirat 
                      (1 tahun akhirat = 1000 tahun dunia = 60 000 tahun)

     Zuhur  - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. 

     Asar     - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah 

     Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

     Isyak     - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang 
                       meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi 
                      redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan 
                      nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan 
                     dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT"

Oleh itu, peliharalah solat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt, malah telah dimaklumkan bahawa solat itu tiang agama. Tanpa solat. jiwa manusia akan sentiasa kosong. Dirikanlah solat sesempurna yang mungkin agar solat yang dilakukan menjadi pendinding keimanan kita yang sering lalai dalam mengingati Allah.  Malah janganlah solat yang dikerjakan itu sekadar ala kadar bagi mencukupkan syarak kerana solat itu hanya solat yang sia-sia. Mohonlah pada Allah agar solat yang dikerjakan diterima bagi mendapat balasan SYURGA

Monday, March 14, 2011

Perkara-perkara yang Meringankan Siksaan Kubur

  • Memelihara solat 5 waktu
  • Selalu membaca surah Al-Ikhlas
  • Selalu membaca Surah Al-Mulk, terutama pada malam Jumaat
  • Mati Syahid
  • Mati di malam atau disiang Hari Jumaat
  • Mati sebab saki dalam perut
  • Selalu bersedekah atau menderma
  • Selalu memohon doa kepada Allah agar dijauhi dari siksaan kubur

SaBaR Menghadapi Bala Dan KesuKaraN

Abdul Luits Assamargandi meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, Sabda Rasulullah s.a.w:-

"Hai anak, sukakah saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat semoga Allah memberi manfaat bagimu?"
Jawab Ibnu Abbas r.a "Baiklah Ya Rasulullah". 

Sabda Rasulullah:-
  • Jagalah perintah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu
  • Jagalah larangan Allah kerana Allah selalu dihadapan kamu
  • Dekatlah diri kamu kepada Allah diwaktu senang, nescaya Allah menolong kamu di waktu susah
  • Jika engkau minta, mintalah kepada Allah
  • Jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah

Tuesday, March 8, 2011

Aku Sedar Siapalah Aku

Ku Sedar,
Siapalah aku padaMu Ya Allah
Hanya insan yang dipenuhi dosa dan noda
Hanya Insan yang sering tidak mensyukuri nikmatMu Ya Allah
Hanya Insan yang tidak betah dari ujianMu Ya Allah

Sesungguhnya jua,
Aku lupa akan setiap ketentuanMu adalah terbaik untukku..

Oleh itu,
Langkahku tidak akan berhenti di sini...
Akan Mengorak lebih jauh...
Dalam Mencari Jalan "Menemui" Ya Allah
Dalam mencari CINTA yang SATU

Thursday, March 3, 2011

10 Tanda Hati Kita Mati

  1. Kamu mengaku kenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-haknya
  2. Kamu mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tidak mengkut sunnah baginda
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  4. Kamu memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi kamu tidak mensyukuri diatas pemberianNya
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu mengikutinya
  6. Kamu mengaku adanya nikmat Syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya 
  7. Kamu mengaku adanya seksa dari Neraka tetapi kamu tidak berusaha menjauhinya
  8. Kamu mengaku kematian pasti akan datang bagi setiap jiwa tetapi kamu masih tidak bersedia
  9. Kamu menyibukkan hari membuka keaiban orang lain tetapi kamu lupa akan keaiban kamu sendiri
  10. Kamu mengantar dan menguburkan jenazah orang Islam tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya