Monday, June 13, 2011

PeNaWaR BaGi PenYaKiT HaSaD DeNGKi

Allah swt telah berfirman,
"adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah 
berikan kepada mereka dari kurniaNya"
~surah An Nisa : 54 ~

Diantara penawar bagi mengubat penyakit hasad dengki ini:-
  • Sentiasa mengawasi diri dan beringat bahawa penyakit hasad dengki itu boleh merosakkan dan membawa kepada pertelingkahan
  • Hendaklah redha ke atas nikmat (kelebihan) yang orang lain miliki, kerana semuanya itu adalah atas berkat usahanya dan kurniaan yang diberikan Allah swt kepada mereka
  • Berusaha mencari rezeki yang halal dan rajin bekerja kerana Allah swt telah mengurniakan rezeki yang tidak terhingga untuk hamba-hambanya
  • Hendaklah bersyukur di atas nikmat yang Allah swt berikan walau dalam apa jua keadaan sekalipun
  • Jangalah terlalu membandingkan diri dan merendahkan diri berbanding diri atau merendah diri berbanding orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi
  • Hendakalah selalu berdoa memohon perlindungan kepada Allah swt agar dijauhi sifat tersebut
  • Sebaiknya apabila sedar akan dirinya mempunyai sifat itu hendaklah segera bertaubat dan beristighfar