Monday, November 11, 2013

Doa Seorang Hamba Yang Berdosa


Dengan rasa rendah diri saya ingin menyatakan betapa rendahnya diri dan iman yang alami ketika ini hanya Allah sahaja yang Mengetahui. Betapa setiap ujian yang diberikan oleh Nya terasa payah dan sukar untuk dilalui. Betapa jalan yang dilalui terasa begitu berliku dengan dugaan yang acapkali mendatang tak jemu tiba. Ya Allah andai diri ini rebah, kau bangkitkanlah kekuatan dalaman diri aku agar sentiasa mengingati dirimu Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah antara hambaMu yang paling berdosa.. Ya Allah, setiap kali diri ini berdoa, aku memohon agar engkau makbulkan. Namun selayaknya hamba yang hina ini masih jauh menggapai keredhaanMu Ya Allah lantaran kemungkaran yang sering dilakukan. Berbekalkan iman yang masih berbaki Ya Allah aku bersujud padamu dengan serendah-rendah hati agar Engkau sentiasa mengampuni aku dan melindungi aku dibawah Hidayah Mu Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah insan yang sentiasa berdosa. Tanpa kurniaan Mu Ya Allah tidaklah aku berpijak dibumi ini dan sering mempertikaikan ujian yang Kau berikan padaku Ya Allah sesunguhnya aku tiadalah kudrat untuk menempuh ujian Mu tanpa pertolongan Mu Ya Allah. Disini, hamba yang berdosa ini Ya Allah memohon keampunan, serta kekuatan diri dan limpahan rahmatmu Ya Allah. Agar aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Mu Ya Allah. Janganlah engkau sesekali meminggirkan aku hambamu Ya Allah. Tempatkanlah aku dikalangan orang-orang yang beriman Ya Allah. Amiin.

Sunday, October 6, 2013

Hidayah Allah Pada Sesiapa Hamba Yang Dikehendaki


Assalamualaikum.. Hari ini terasa tersentuh dengan ex student tibe2 muncul dalam inbox saya. Lama tak dengar khabar rindu rasanya. But this is not the point.. the point is.. die (pelajar saya) adalah lelaki yang berbangsa Cina. Bijak dan pemalu orangnya. Kehadiran msg beliau dalam inbox saya sangat menceriakan hati dan melapangkan minda saya.. terasa diri ini kerdil. Betapa rahmat Allah begitu besar sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia. Sebenarnya.. melalui perbualan dengan beliau.. yang pada mulanya saya menyangka die hanya ingin menegur ckgu lamanya.. namun berita yang ingin disampaikan jauh lebih hebat iaitu keinginan beliau ingin memeluk agama Islam. this is a great news.. bila saya berbual ternyata anak muda ini benar2 ingin mendalami Islam.. hujung setiap ayat beliau pasti ditulis dengan nama suci Allah dan "Nya" (menunjukkan betapa anak muda ini mengagunkan nama Allah).. iman anak muda ini harus dikagumi kerana melebihi iman bagi orang yang sudah dilahirkan Islam. Maha Suci Allah yang benar-benar maksudkannya.. hidayah Allah akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya".. saya doakan anak muda ini akan bangkit memperjuangkan Islam dan menjadi anak muda yang beriman yang Soleh.amiin

Tuesday, November 1, 2011

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji

 

Dalam sirah Nabi s.a.w menerusi kisah kematian Qazman, seorang yang menyamar sebagai Muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat.  Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib.  Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang.  Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi s.a.w agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada.  Akhirnya Nabi s.a.w dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah swt.  Kenyataan Nabi ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripadan luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a yang memeluk Islam agak lambat.  Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah swt dan Rasul-Nya saw Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamnnya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat”

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembaraan yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang sahat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi s.a.w walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.

Monday, June 13, 2011

PeNaWaR BaGi PenYaKiT HaSaD DeNGKi

Allah swt telah berfirman,
"adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah 
berikan kepada mereka dari kurniaNya"
~surah An Nisa : 54 ~

Diantara penawar bagi mengubat penyakit hasad dengki ini:-
  • Sentiasa mengawasi diri dan beringat bahawa penyakit hasad dengki itu boleh merosakkan dan membawa kepada pertelingkahan
  • Hendaklah redha ke atas nikmat (kelebihan) yang orang lain miliki, kerana semuanya itu adalah atas berkat usahanya dan kurniaan yang diberikan Allah swt kepada mereka
  • Berusaha mencari rezeki yang halal dan rajin bekerja kerana Allah swt telah mengurniakan rezeki yang tidak terhingga untuk hamba-hambanya
  • Hendaklah bersyukur di atas nikmat yang Allah swt berikan walau dalam apa jua keadaan sekalipun
  • Jangalah terlalu membandingkan diri dan merendahkan diri berbanding diri atau merendah diri berbanding orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi
  • Hendakalah selalu berdoa memohon perlindungan kepada Allah swt agar dijauhi sifat tersebut
  • Sebaiknya apabila sedar akan dirinya mempunyai sifat itu hendaklah segera bertaubat dan beristighfar






Saturday, April 16, 2011

Ketika Cinta Terurai Menjadi Perbuatan

Kulitnya hitam. Wajahnya jelek. Usianya tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja ia percaya kalau ia berada di rumah hantu. Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali.
Sanggupkah ia menjalani keputusannya? Tapi ia segera kembali pada tekadnya. Ia sudah memutuskan untuk menikahi dan mencintai perempuan itu. Apapun resikonya. 

Suatu saat perempuan itu berkata padanya, "Ini emas-emasku yang sudah lama kutabung, pakailah ini untuk mencari wanita idamanmu, aku hanya status bahwa aku pernah menikah dan menjadi seorang istri."
Tapi lelaki itu malah menjawab, "Aku sudah memutuskan untuk mencintaimu. Aku takkan menikah lagi." Semua orang terheran-heran. Keluarga itu tetap utuh sepanjang hidup mereka. Bahkan mereka dikaruniai anak-anak dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa. 


Bertahun-tahun kemudian orang-orang menanyakan rahasia ini padanya. Lelaki itu menjawab sinis, "Aku memutuskan untuk mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang bisa ia lakukan untukku. Sampai aku bahkan tak pernah merasakan kulit hitam dan wajah jeleknya dalam realiti shj. Yang kurasakan adalah kenyamanan jiwa yang melupakan aku pada fisik.

" Begitulah cinta ketika ia terurai jadi perbuatan. Ukuran itu cinta adalah ketika ia bersemi dalam hati...terkembang dalam kata... terurai dalam perbuatan...

Kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya.
Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata...
Kalau cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya menjumbai dalam perbuatan. 

Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.
Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini, bahwa cinta hanya kuat ketika ia datang dari pribadi yang kuat, bahwa integritas cinta hanya mungkin lahir dari pribadi yang juga punya integritas. 

Karena cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus menampak setiap saat sepanjang kebersamaan. Rahsia dari sebuah hubungan yang sukses bertahan dalam waktu lama adalah pembuktian cinta terus menerus.

Yang dilakukan para pecinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan karena perasaan cinta yang bersemi di dalam hati, tapi karena kebaikan tiada henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan istrinya, begitu ia memutuskan untuk mencintainya. Dan istrinya, yang terus menerus melahirkan kebajikan dari cinta tanpa henti. Cinta yang tidak terurai jadi perbuatan adalah jawaban atas angka-angka perceraian yang semakin menganga lebar dalam masyarakat kita.


"Jika kita memiliki kesempatan utk menjadi seseorang yg LUAR BIASA, 
  Kenapa kita memilih utk menjadi biasa-biasa saja? 
Bukankah hidup ini hanya sekali saja? Pastikan diri kita BERGUNA untuk orang banyak."

Sunday, March 27, 2011

Rahsia KhusyuK dalam SOLAT

Seorang abid bernama Hatim Al-Islam menjelaskan kepada sahabatnya Islam bin Yusof untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.  Beliau mengamalkan kaedah berikut:-

  1. Apabila masuk waktu solat, beliau berwudhuk zahir dan batin.  Batin adalah membasuh 7 perkara:-
  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak berbangga
  • Tinggal sifat khianat dan menipu
  • Tinggal sifat dengki
     2.  Kemudiannya beliau ke masjid dan mengemaskan anggota dan mengadap kiblat. Beliau berdiri dengan
          penuh waspada dan membayangkan perkara berikut:-
  • Allah berada di hadapannya
  • Syurga berada di kanannya
  • Neraka berada dikirinya
  • Malaikat Maut berada dibelakangnya
  • Seolah-olah berdiri di atas siratul mustaqim
  • Menganggap solat kali ini adalah solat yang terakhir
    3.  Beliau berniat dan bertakbir dengan baik
    4.  Setiap bacaaan dan doa dalam solat difahamkan
    5.  Rukuk dan Sujud dengan tawaduk
    6.  Bertasyahhud dengan penuh harapan
    7.  Memberi salam dengan ikhlas

Friday, March 25, 2011

SuRaH Al-TauBah ~ ayat 51

"Katakanlah, 
tiada yang menimpa kami kecuali apa yang dituliskan Allah bagi kami, 
dia wali kami dan kepada Allah hendahklah bertawakal orang-orang yang beriman"

Huraian:  

Menceritakan bahawa tiap-tiap yang berlaku adalah kehendak Allah dan manusia dijadikan supaya tidak berputus asa.