Assalamualaikum.. Hari ini terasa tersentuh dengan ex student tibe2 muncul dalam inbox saya. Lama tak dengar khabar rindu rasanya. But this is not the point.. the point is.. die (pelajar saya) adalah lelaki yang berbangsa Cina. Bijak dan pemalu orangnya. Kehadiran msg beliau dalam inbox saya sangat menceriakan hati dan melapangkan minda saya.. terasa diri ini kerdil. Betapa rahmat Allah begitu besar sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia. Sebenarnya.. melalui perbualan dengan beliau.. yang pada mulanya saya menyangka die hanya ingin menegur ckgu lamanya.. namun berita yang ingin disampaikan jauh lebih hebat iaitu keinginan beliau ingin memeluk agama Islam. this is a great news.. bila saya berbual ternyata anak muda ini benar2 ingin mendalami Islam.. hujung setiap ayat beliau pasti ditulis dengan nama suci Allah dan "Nya" (menunjukkan betapa anak muda ini mengagunkan nama Allah).. iman anak muda ini harus dikagumi kerana melebihi iman bagi orang yang sudah dilahirkan Islam. Maha Suci Allah yang benar-benar maksudkannya.. hidayah Allah akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya".. saya doakan anak muda ini akan bangkit memperjuangkan Islam dan menjadi anak muda yang beriman yang Soleh.amiin
No comments:
Post a Comment