Tuesday, December 14, 2010

~SEPI~

Aku dh tgk crita ni banyak kali ...(selepas disyorkan oleh XX ) filem Afdlin Shauki memang best!! tgk byk kali pun tk bosan... aku suka smua crita cinta dalam tu... paling aku suke dialog adam(afdlin) n ilyana(varnida)

ilyana   :  "awak cari saya?"
adam    :  "sepanjang hidup saya wak.."


tapi aku kesian watak rozita che wan(isteri mamat ni)... stiap hari tunggu suami die ngan sabar.. tpi suami die suke meremehkan hal pegi bercuti brsama keluarga... akhirnya sampai bile2 pun die takleh bercuti ngan keluarga die..
aku jugak tk stuju ngan percintaan antara mamat ni ngan eija (aku tk ingat watak dorang).. percintaan antara duda ngan isteri orang...macam kes ni.. seumpama dengan nya///

Membayang Orang Lain Semasa bersama Suami@isteri

Assalamualaikum.
Ustaz, saya ada kemusykilan dalam hal kekeluargaan. Begini persoalan saya, ketika saya berjimak suami saya pernah berterus terang dengzn saya dan mengatakan dia sering membayangkan perempuan lain ketika berjimak dengan saya. Alasannya dia mahu masa berjimak di panjangkan dan kenikmatan lebih puas.
Jika saya tidak salah dalam Islam ada hukum zihar, tetapi zihar ni yang saya paham ialah menyamakan angota tubuh badan dengan muhrim. Tetapi dalam kes saya ini terletak dalam ketegori apa? Apa hukumnya, dan adakah ia sama dengan zihar? Perlukah suami saya membayar kifarah seperti zihar? Harap ustaz dapat memberi maklumat yang secukupnya kepada persoalan saya ini.
Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN

WALAIKUMUSSALAM,
Menurut majoriti ulama, hukum membayangkan lelaki dan wanita bukan suami atau isteri semasa melakukan hubungan seks adalah diharamkan. Terutamanay jika ia dijadikan kebiasaan, nafsunya terhadap isteri atau suaminya akan semakin pudar dan beralih kepada si lelaki dan wanita luar yang diharamkan buatnya, maka secara mudahnya ia diharamkan kerana tergolong dalam "Muqaddimat az-Zina" atau jalan-jalan permulaan kepada pelakuan haram zina.

Disebutkan oleh para ulama bahawa :

لأن العين تزني وزناها النظر المحرم، والعقل يزني، وزناه الاشتهاء الخيالي المحرم

Ertinya : "kerana mata itu berzina, dan zinanya adalah pandangan yang haram, dan minda juga berzina dan zinanya adalah membayangkan yang diharamkan"
Justeru mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menanggapnya adalah salah satu bentuk zina. Sama juga haramnya minum air kosong sambil dibayangkan minuman arak. Demikian yang disebutkan oleh Ibn Al-Haj Al-Maliki (Al-Madkhal) , Ibn Abidin Al-Hanafi, Ibn Al-Mufleh Al-Hanbali ( Dipetik dari kitab Ar-Ri'ayah al-Kubra oleh Ibn ‘Aqil).

Bagaimanapun tidaklah hukumannya seberat zina yang sebenar hingga disebat atau di rejam hingga mati. Cuma ia tergolong dalam saalah satu dosa. Bermakna, berdasarkanhadith Nabi sesiapa yang mendatangi isterinya maka ia beroleh pahala, maka dalam hal ini, ia beroleh dosa kerana pemikirannya itu.
Sebahagian ulama Syafie hanya menanggapnya sebagai makruh dan hanya tergolong dalam bab haram kerana "Sadd az-Zariah" iaitu bagi menutup jalan-jalan maksiat yang mungkin berlaku hasil perbuatan tersebut. Adapun sebagaia yang diketahui oleh para ulama, setiap perkara yang diharamkan atau tidak digalakkan kerana Sadd Az-Zariah adalah harus di ketika diperlukan. Bermakna, menurut pandangan sebahagian ulama Syafie, jika si suami sebagai contoh amat tidak mampu bersama dengan isterinya kecuali jika membayangkan wanita lain, jika tidak mereka akan bercerai atau pelbagai mudarat besar lain akan berlaku, di ketika yang khas demikian, perbuatan tadi menjadi baginya. Berdasarkan kaedah

أخف الضررين
Ertinya : "Mudarat yang lebih ringan" ( Al-Asbah Wa An-Nazair, As-Suyuti)
Walaupun demikian, terdapat sebahagian ulama Syafie yang lain sependapat dengan mazhab lain dalam hal mengharamkannya, Antaranya yang disebut oleh al-Iraqi ( Rujuk Torhu At-Tathrib)

لو جامع أهله وفي ذهنه مجامعة من تحرم عليه، وصور في ذهنه أنه يجامع تلك الصورة المحرمة فإنه يحرم عليه ذلك

Ertinya : "Sekiranya ia menyetubuhi isterinya dan di dalam pemikirannya seseorang yang haram baginya, maka ianaya adalah haram baginya dan setiap penyerupaan itu"
Kesimpulan saya ,Memang benar, sebuah Hadith Qudsi menyatakan bahawa

وإذا تحدث عبدي بأن يعمل سيئة فأنا أغفرها له ما لم يعملها، فإن عملها فأنا أكتبها له بمثلها، وإن تركها فاكتبوها له حسنة ، إنما تركها من جراي" أي من أجلي
Ertinya : Apabila hambaku bermonolog (memikirkan) untuk melakukan satu kejahatan , maka Aku ( Allah) akan mengampunkannya selagi mana ia tidak melakukannya, dan jika ia lakukannya maka aka dituliskan baginya satu dosa, dan jika ditinggalkannya dituliskannya satu pahala, sesungguhnya ditinggalkannya keranaKU" ( Muslim)

Bagaimanapun pendalilan menggunakan dalil ini untuk mengharuskan tindakan tadi adalah ditolak oleh majoriti ulama kerana pemikiran sedemikian termasuk dalam kategori permulaan zina yang juga diharamkan oleh Allah SWT. Malah bukan semua hasrat dalaman hati itu terkecuali dari dosa, malah masih terdapat bentuk yang juga akan diazab seperti hadith lain yang berbunyi :-

إذا التقى المسلمان بسيفهما فالقاتل والمقتول في النار

Ertinya : Apabila bertemu dua Muslim dengan pedang masing-masing berbunuhan satu sama lain, maka keduanya di dalam neraka"

Nabi menambah apabila ditanya sahabat akan mengapa yang dibunuh juga ke neraka dengan kata Baginda :
إنه كان حريصًا على قتل صاحبه
Ertinya : Ia sangat ingin dan berazam membunuh saudaranya" ( Bukahri dan Muslim)
Ini bermakna apabila ia telah bertindak cuma gagal, ia disamakan dengan mengkhayalakan orang lain ketika persetubuhan yang juga dianggap telah memulakan langkah. Kecualilah jika ia hanya khayalan si bujang.
Pandangan yang terkuat adalah ianya haram sebagaimana majoriti mazhab dan sebahagian ulama Syafie. Sekadar ingin mendapatkan lebih kepuasan dengan tindakan demikian juga adalah haram, malah ia boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada isterinya. Adapunbagi yang sememangnya amat amat terpaksa, ia boleh menjadi harus dengan syarat tidak memberitahu isterinya atau suaminya akan hal demikian bagi menjaga perasaan mereka. Wallahu'alam. Bagaimanapun ia tidak termasuk dalam kategori zihar.

yg ni sy dapat dari blog http://apisjohar.blogspot.com

Saturday, December 11, 2010

Setulus Cinta Nabi Muhammad | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Setulus Cinta Nabi Muhammad | iluvislam.com + discover the beauty of islam

SeNTiaSaLaH BerTauBaT

"Dan Barangsiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim" 
(Al-Hujuraat:12)

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan kepada kita semua agar sentiasa bertaubat kepada Nya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah, 
wahai orang-orang beriman supaya kamu beruntung" 
(An-Nuur:31)

Oleh itu, konsep bertaubat itu bukanlah hanya untuk orang yang berdosa besar sahaja sebaliknya ia adalah menyeluruh kepada muslimin yang lain yang benar-benar inginkan kejayaan dunia akhirat.  Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah! Sesungguhnya aku sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari 70 kali,"
Hadith sahih, riwayat al-Bukhari.

Dan sekiranya Rasulullah s.a.w yang merupakan kekasih Allah boleh memohon taubat kepada Allah sebanyak ini dalam sehari. 
Bagaimana pula kita?? 
Berapa kali bertaubat dalam sehari?? 
berapa kali mengingati Allah dari yang lain?? 
Berapa kali mengingati mati dari memiliki keduniaan??

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.  Allah tidak menjadikan manusia itu akal melainkan untuk berfikir.

pss://  "Aku merujuk pada diri sndiri gak.. (T_T)"

Tuesday, December 7, 2010

Aku Tak Bodoh

       Aku baru jer tengok citer ni.. AKU TAK BODOH, sebuah filem yg diadaptasikan dari filem Jack Neo dari Singapore (aku bukan kenal sgt pun hehehe beria2 jer tulis). Tapi ape yg aku suke kt film ni ialah filem yg bertemakan keluarga. Jarang pembuat filem di Malaysia ni wat filem2 bertemakan keluarga ni. Filem keluarga yang aku suke dari bollywood byk (pminat hindi lar katakan..) Hum Sath Sath Hai (Kami sentiasa bersama), Tararumpun.






Selain tu aku suke tgk movie time raya Krimas.. sbb byk crta temakan family iaitu genre yang aku suke daripada filem seram.  Sebab filem2 macam ni yang banyak kiter terlepas pandang dalam kehidupan seharian malah dalam keluarga kite sebenarnya. Apa yang aku nampak, sebenarnya takde keluarga yang sempurna.
  
Berbalik pada crta AKU TAK BODOH tadi, klu sesiapa dah tgk mesti tau jalan cerita tu mengisahkan dua buah keluarga yang terdiri daripada keluarga kaya dan miskin. Maksudnya, tak kisahlah keluarga tu kaya ker miskin ker pasti menghadapi masalah keluarga cume faktor dan situasi sahaja berbeza. Mungkin ia juga berlaku dikalangan kita.  

Sentuh mengenai Keluarga Sudin(dalam cerita AKU TAK BODOH), aku teringat pelajar kelas aku. (maklumlah aku merupakan guru tingkatan 2E). Memang rase nk mati jer handle kelas tu. tapi apa yang aku sedar, mereka bukan sahaja ada masalah sikap tetapi didikan rohani juga kurang. Macam2 perangai aku jumpa dan macam2 kerenah aku layan. Kebanyakan mereka juga mempnyai masalah keluarga. Kadang2 teringin aku nak menyelami hati anak2 2E tetapi kekuatan dan kemampuan aku tersekat. Aku hanya mampu pandang dari jauh.. (walaupun kereta aku sering dicalar dan ditulis bukan2)

Sebenarnya aku dh banyak melalut.. hahaha.. apa2pun cerita filem ni boleh memberikan kesedaran pada insan-insan yang bergelar IBU dan AYAH, MAMA dan PAPA dan sewaktu dengannya bahawa mendidik anak-anak ini tidak mudah... kadang2 depan ibu bapa BAIK sangat tetapi PENIPU.. kadang2 NAKAL sangat tetapi BAIK HATI. Sebab tu kena berhati2 dan ambil berat soal pendidikan ini.

Sebaik2nya didiklah cara Rasulullah s.a.w:
"Nabi Muhamad (saw) pernah berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka berusia 10 tahun "

Dan setiap ibu bapa janganlah sesekali meringankan SOLAT.. dan berilah didikan AGAMA yang secukupnya kerana itulah BEKALAN yang kekal ABADI. Kalau anak hebat sampai dapat PHD dari luar negara pun kalau tak dirikan SOLAT pun bukanlah satu perkara yang boleh DIBANGGAKAN.