"Dan Barangsiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim"
(Al-Hujuraat:12)
Sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintahkan kepada kita semua agar sentiasa bertaubat kepada Nya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah,
wahai orang-orang beriman supaya kamu beruntung"
(An-Nuur:31)
Oleh itu, konsep bertaubat itu bukanlah hanya untuk orang yang berdosa besar sahaja sebaliknya ia adalah menyeluruh kepada muslimin yang lain yang benar-benar inginkan kejayaan dunia akhirat. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Demi Allah! Sesungguhnya aku sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari 70 kali,"
Hadith sahih, riwayat al-Bukhari.
Dan sekiranya Rasulullah s.a.w yang merupakan kekasih Allah boleh memohon taubat kepada Allah sebanyak ini dalam sehari.
Bagaimana pula kita??
Berapa kali bertaubat dalam sehari??
berapa kali mengingati Allah dari yang lain??
Berapa kali mengingati mati dari memiliki keduniaan??
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Allah tidak menjadikan manusia itu akal melainkan untuk berfikir.
pss:// "Aku merujuk pada diri sndiri gak.. (T_T)"
No comments:
Post a Comment