Monday, November 11, 2013

Doa Seorang Hamba Yang Berdosa


Dengan rasa rendah diri saya ingin menyatakan betapa rendahnya diri dan iman yang alami ketika ini hanya Allah sahaja yang Mengetahui. Betapa setiap ujian yang diberikan oleh Nya terasa payah dan sukar untuk dilalui. Betapa jalan yang dilalui terasa begitu berliku dengan dugaan yang acapkali mendatang tak jemu tiba. Ya Allah andai diri ini rebah, kau bangkitkanlah kekuatan dalaman diri aku agar sentiasa mengingati dirimu Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah antara hambaMu yang paling berdosa.. Ya Allah, setiap kali diri ini berdoa, aku memohon agar engkau makbulkan. Namun selayaknya hamba yang hina ini masih jauh menggapai keredhaanMu Ya Allah lantaran kemungkaran yang sering dilakukan. Berbekalkan iman yang masih berbaki Ya Allah aku bersujud padamu dengan serendah-rendah hati agar Engkau sentiasa mengampuni aku dan melindungi aku dibawah Hidayah Mu Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah insan yang sentiasa berdosa. Tanpa kurniaan Mu Ya Allah tidaklah aku berpijak dibumi ini dan sering mempertikaikan ujian yang Kau berikan padaku Ya Allah sesunguhnya aku tiadalah kudrat untuk menempuh ujian Mu tanpa pertolongan Mu Ya Allah. Disini, hamba yang berdosa ini Ya Allah memohon keampunan, serta kekuatan diri dan limpahan rahmatmu Ya Allah. Agar aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Mu Ya Allah. Janganlah engkau sesekali meminggirkan aku hambamu Ya Allah. Tempatkanlah aku dikalangan orang-orang yang beriman Ya Allah. Amiin.

Sunday, October 6, 2013

Hidayah Allah Pada Sesiapa Hamba Yang Dikehendaki


Assalamualaikum.. Hari ini terasa tersentuh dengan ex student tibe2 muncul dalam inbox saya. Lama tak dengar khabar rindu rasanya. But this is not the point.. the point is.. die (pelajar saya) adalah lelaki yang berbangsa Cina. Bijak dan pemalu orangnya. Kehadiran msg beliau dalam inbox saya sangat menceriakan hati dan melapangkan minda saya.. terasa diri ini kerdil. Betapa rahmat Allah begitu besar sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia. Sebenarnya.. melalui perbualan dengan beliau.. yang pada mulanya saya menyangka die hanya ingin menegur ckgu lamanya.. namun berita yang ingin disampaikan jauh lebih hebat iaitu keinginan beliau ingin memeluk agama Islam. this is a great news.. bila saya berbual ternyata anak muda ini benar2 ingin mendalami Islam.. hujung setiap ayat beliau pasti ditulis dengan nama suci Allah dan "Nya" (menunjukkan betapa anak muda ini mengagunkan nama Allah).. iman anak muda ini harus dikagumi kerana melebihi iman bagi orang yang sudah dilahirkan Islam. Maha Suci Allah yang benar-benar maksudkannya.. hidayah Allah akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya".. saya doakan anak muda ini akan bangkit memperjuangkan Islam dan menjadi anak muda yang beriman yang Soleh.amiin